Risiko di Jalan Raya
Kenderaan di Jalan Raya |
Setiap jengkal di jalan raya mempunyai kadar risiko masing-masing. Isu-isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerap menjadi paparan media massa. Kemalangan jalan raya telah bertambah dari setahun ke setahun. Pada pendapat saya, isu kemalangan jalan raya ini tidak wajar dipandang ringan oleh masyarakat. Kita haruslah mengenali risiko di jalan raya dan faktornya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
Contoh Perlakuan Risiko
Tidak Menggunakan Kemudahan Melintas
- Kemudahan melintas jalan raya seperti jejantas penting untuk menjaga keselamatan kita. Kita mampu menyeberangi jalan raya dengan selamat walaupun jalan tersebut sibuk. Tontonlah video di bawah ni.
Tidak Memakai Topi Keledar
- Topi keledar boleh mengurangkan kadar cedera parah pada kepala kita semasa mengalami kemalangan. Kita hendaklah memakai topi keledar semasa menunggang motosikal ataupun basikal.
.
Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Melintas
- Tindakan ini sangat berbahaya. Kita tidak akan menumpukan perhatian semasa melintas jalan raya kerana asyik bermain telefon bimbit.
Contoh Perlakuan Selamat
Menggunakan jejantas
Memakai Topi Keledar
Berbasikal di Laluan yang Disediakan
Persekitaran Jalan Raya Meletakkan Mereka dalam Situasi Risiko
Papan Tanda yang Rosak
# Pengguna jalan raya tidak dapat mengetahui arah tempat tersebut, ini menyebabkan mereka tersesat dan berlanggar dengan kenderaan yang lain.
Kesimpulan
Memakai Topi Keledar
Berbasikal di Laluan yang Disediakan
Persekitaran Jalan Raya Meletakkan Mereka dalam Situasi Risiko
Papan Tanda yang Rosak
# Pengguna jalan raya tidak dapat mengetahui arah tempat tersebut, ini menyebabkan mereka tersesat dan berlanggar dengan kenderaan yang lain.
Halangan-halangan di Jalan Raya
-Halangan seperti kenderaan yang rosak juga mampu menyebabkan berlaku kemalangan. Pemandu tidak sempat membrekkan kereta dan terlanggar ke kenderaan yang rosak tersebut.
Permukaan Jalan Raya yang Tidak Rata
- Jalan raya yang berlubang atau terlalu licin boleh meletakkan pengguna jalan raya dalam situasi risiko.
Akibat Perlakuan Risiko
Kehilangan Nyawa
Cedera Parah
Risiko di jalan raya perlu dielakkan kerana banyak pihak akan menghadapi masalah seperti kerosakan harta benda dan kematian. Justeru, kita, sebagai pengguna jalan raya haruslah mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Dengan kerjasama semua pihak, saya pasti jalan raya dapat dijadikan tempat yang selamat untuk semua pengguna jalan raya.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment